Wednesday, July 7, 2010

Saya dah jd budak senior

Salam...
Bermula lah semester baru yang ditunggu-tunggu. Sedikit nervous pun ada. Almaklumlah, dengan result exam yang tak berapa nak cantik...terasa sukar meneruskan pembelajaran. Tapi syukur alhamdulillah. Tak ada paper yang tersangkut. Azam pun turut bertambah-tambah. Kalau boleh, tak nak tidur dalam kelas lagi.(InsyaAllah boleh buat) tersengguk tu boleh dimaafkan lagi kut.he3.

Bila dah masuk final sem ni rasa macam diri ini dah tua. Terasa gerun ingin berhadapan dengan dunia luar. Selama ni asyik duk dalam gelas kaca je. Nampak permandangan indah kat luar. Tapi belum cukup berani nak keluar kerana apa yang kita lihat itu tidak semestinya indah di dunia realiti.

Gembira boleh jumpa kawan-kawan lama bila masuk sem baru ni. Terserempak dengan Syiqa(KMPP).aezin n athirah(MRSMKL), Dah besar panjang semuanya. Semoga menjadi insan solehah dan kebanggaan keluarga. Para sahabat ini bagaikan sebahagian dari diri sendiri. Salah satu sumber kekuatan.

Boring jugak awal-awal sem ni. Jadi, cara terbaik untuk menghilangkan keboringan ialah membaca. Rasa macam banyak benda la pulak nak cakap. Aduhhh. Tak pa lah. Sambung lain kali pulak.

Semoga aku dikuatkan semangat pada semester ini dan terus istiqamah dalam perjuangan. Amin

No comments:

Post a Comment