Wednesday, July 28, 2010

I love silat

Salam wbt
Hari ni bangun dengan ceria walaupun agak kepenatan disebabkan tidur yang kurang mencukupi.
Alhamdulillah.Aku masih punya kesempatan membaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik.InsyaAllah.Kelas pertama pada hari ini ialah kelas Dr J.Seperti biasa,Dr J banyak bercerita tentang perkara-perkara menarik untuk dikongsi bersama kami.Katanya,hari ni saya suko,hari ni 1st day anak saya bekerja di Sime Darby(tak pasti anak yang ke berapa). Beliau turut menceritakan satu peristiwa yang mengundang rasa terkilan dan sedih di hatinya kerana tidak mampu menolong anaknya pada waktu itu.Secara umumnya,Dr J nampak sangat-sangat gembira.(mood baik)

Lepas tu,masuk lah kami ke kelas Dr A.Sangat-sangat tertekan apabila terpaksa menyiapkan lab assingment dan menghantar on the spot.Rata-rata mengeleng kepala kerana 99 % menghantar assingment yang tidak siap termasuklah diriku ini.Marah dan Geram...Tapi apa boleh buat.Sabar je la.

Lepas tu pulak kelas Pn I dan Pn R.Okay la kelas ni.Macam biasa.Cuma dalam subjek Pn R banyak bermain dengan matrices.Alahai...too many fractions.Mencabar gak la.Kena kira banyak kali.Jam pun dah pukul 5.30.Maka kelas pun berakhir sampai di situ sahaja.

Pada sebelah malamnya pulak,ada latihan silat.Gembira dan enjoy je malam ni.Dayah dan Niesah hadir jugak setelah lama memonteng kelas latihan.Alhamdulillah.bersyukur sangat-sangat.Malam ni aku tak berlatih sangat.Cuma begi tunjuk ajar sikit-sikit pada kawan-kawan yang memerlukan.Seronok walaupun sakit-sakit badan.Harap-harap silat cekak di kampus kota ni dipandang dan dihormati oleh orang lain.Semoga makin ramai penyertaan pada masa akan datang.Selamat belajar kepada Anis,ahli baru kelab silat cekak hanafi.Semoga kita semua istiqamah dalam menuntut ilmu.aminnn

No comments:

Post a Comment