Wednesday, September 22, 2010

Hijrah...

Salam...
Terdetik ingin mengulas tentang perkara ini setelah begitu lama ia terpendam di dalam kotak fikiranku ini.
Apa itu hijrah??? Pelbagai tafsiran boleh diberikan. Tetapi apa yang saya maksudkan di sini ialah hijrah ke arah kebaikan atau hijrah ke arah keburukan. Semoga kita semua berhijrah untuk menjadi yang lebih baik.

Sedih juga bila melihat kawan-kawan yang telah berubah ke arah yang tak sepatutnya. Dulu surau pun tak tinggal...tapi sekarang??? Betullah..iman tu sentiasa boleh berubah-ubah.Semoga kita semua berjaya istiqamah dan cekal dalam menghadapi ujian dan dugaan.

Tak boleh nak merapu panjang-panjang la pulak. Aduh...nanti sambung lagi. Salam

Saturday, September 18, 2010

Ujian Allah...

Salam...
Setiap makhluk bernyawa bernama insan ini tidak pernah terlepas dari diuji oleh yang Maha Esa. Kadang-kadang...sesetengah manusia menganggap ujian itu petanda kasih sayang Allah, namun ada juga segelintir yang mengatakan bahawa ujian itu adalah pembalasan di atas doa-dosa silam mereka.

Walau sekuat mana pun dugaan yang mendatang, ingatlah bahawa Allah tidak pernah membebani makhlukNya melainkan sesuai dengan kesanggupan makhlukNya itu. Berbangga dan bersyukurlah kerana Allah telah memilih kita untuk menempuhi ujian yang berat itu. Semakin berat ujian tersebut, semakin hampir kita pada  yang Maha Pencipta.

Sekiranya kita berasa sangat sedih dan tidak tertanggung rasa di hati... BERDOALAH. Sesungguhnya DOA itu senjata orang-orang mukmin. Jangan cepat berputus asa sekiranya kita merasakan doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah kerana sesungguhnya Allah telah menyediakan perkara yang terbaik untuk diri kita. Fahamilah doa yang kita lafazkan...biarkan ia meresap ke dalam jiwa. Berdoalah dengan sesungguh hati...sesungguhnya Allah itu  Maha Mendengar dan Maha Mengabulkan segala doa.

Berdoalah...Yakinlah dengan ketentuan dan  kuasa Allah SWT.