Wednesday, July 28, 2010

I love silat

Salam wbt
Hari ni bangun dengan ceria walaupun agak kepenatan disebabkan tidur yang kurang mencukupi.
Alhamdulillah.Aku masih punya kesempatan membaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik.InsyaAllah.Kelas pertama pada hari ini ialah kelas Dr J.Seperti biasa,Dr J banyak bercerita tentang perkara-perkara menarik untuk dikongsi bersama kami.Katanya,hari ni saya suko,hari ni 1st day anak saya bekerja di Sime Darby(tak pasti anak yang ke berapa). Beliau turut menceritakan satu peristiwa yang mengundang rasa terkilan dan sedih di hatinya kerana tidak mampu menolong anaknya pada waktu itu.Secara umumnya,Dr J nampak sangat-sangat gembira.(mood baik)

Lepas tu,masuk lah kami ke kelas Dr A.Sangat-sangat tertekan apabila terpaksa menyiapkan lab assingment dan menghantar on the spot.Rata-rata mengeleng kepala kerana 99 % menghantar assingment yang tidak siap termasuklah diriku ini.Marah dan Geram...Tapi apa boleh buat.Sabar je la.

Lepas tu pulak kelas Pn I dan Pn R.Okay la kelas ni.Macam biasa.Cuma dalam subjek Pn R banyak bermain dengan matrices.Alahai...too many fractions.Mencabar gak la.Kena kira banyak kali.Jam pun dah pukul 5.30.Maka kelas pun berakhir sampai di situ sahaja.

Pada sebelah malamnya pulak,ada latihan silat.Gembira dan enjoy je malam ni.Dayah dan Niesah hadir jugak setelah lama memonteng kelas latihan.Alhamdulillah.bersyukur sangat-sangat.Malam ni aku tak berlatih sangat.Cuma begi tunjuk ajar sikit-sikit pada kawan-kawan yang memerlukan.Seronok walaupun sakit-sakit badan.Harap-harap silat cekak di kampus kota ni dipandang dan dihormati oleh orang lain.Semoga makin ramai penyertaan pada masa akan datang.Selamat belajar kepada Anis,ahli baru kelab silat cekak hanafi.Semoga kita semua istiqamah dalam menuntut ilmu.aminnn

Tuesday, July 27, 2010

Multivariate>>>

Salam kepada sahabat-sahabat...
Esok ada kelas multivariate statistical analysis.Pada hari esok juga lah kena hantar assignment.Esok juga lah adanya kelas Dr A.Kelas yang hampir-hampir menitiskan air mataku kerana aku terlalu kebingungan tatkala menerima pelajaran.Hari ni cuba buat satu soalan.Penyelesaiannya mungkin mencecah 3 muka surat.Apa yang mengharukan ialah...telah berulang-ulang kali kubuat tapi tiada jawapan yang pasti.huhuhu

Lepas tu aku cuba buat analisis data guna discrete logistic growth model for malaysian population from 1963-1998.But i still didn't get anything.What should i do know?don't ever try hard.But try hardest.Give your trust to everything you have done.Most important thing is trust in Allah.Breath with the name of Allah...Give the whole heart to HIM.

I feel more relief...lets continue study n work hardest for a better life,dunia dan akhirat.

Monday, July 26, 2010

Rasa nak menconteng

Salam...
Hari ni ialah antara hari-hari yang memenatkan.Kelas berderet sampai pukul 6.Rehat cuma sejam.
Tapi aku sendiri tak berapa pasti berapa peratus minda ni berjaya mencerna pembelajaran yang disampaikan oleh lecturer pada hari ini.Hari ni aku tersangat-sangat lah mengantuk.Kawan kat sebelah pun mengantuk.Dia terlelap aku kejut dan begitulah sebaliknya,akhirnya kami berdua sama-sama tewas buat seketika.Aduh...harap-harap hari esok lebih baik dari hari ni dan begitulah seterusnya.
Sememangnya setiap saat yang berlalu dalam hidup ini memerlukan perubahan.Perubahan ke arah yang lebih baik atau lebih buruk???Kita sendiri yang menentukan.Ingatlah bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubahnya sendiri.Semoga setiap detik yang berlalu membawa kita lebih dekat kepada yang Maha Pencipta...Teringat kata-kata seorang kawan masa form 5 dulu.Katanya,hidup tak bermakna tanpa kasih sayang Allah..tapi kalau hidup mengharapkan 'kasih sayang' orang lelaki,tak hidup pun takpe.Apa agaknya kaum-kaum adam akan terfikir bila mendengar kata-kata ini???

Saturday, July 24, 2010

Batin tersiksa.Jiwa meronta

Bak kata Anang...saparuh jiwaku pergi

Salam...
Sekali lagi diriku ditampar hebat dengan dosa-dosa semalam
Andainya ku tahu sebegini perasaan menggila
Akanku langkahkan kaki seluas lautan
menjauhinya...
Akan kubawa hati terbang tinggi di awan
menggapai langit biru...
Akan ku berlari ke hujung dunia..
mencari apa itu makrifat.

Kekhilafan lalu menjadi barah
menular di dalam nadi...
Jalan pulang masih ada..
Tapi,
Mampukah aku???

Andainya dapatku undurkan masa..
segalanya mungkin berubah..
segalanya mungkin.....

Ya Allah
Ampunkanlah hambaMU yang lemah ini
Berikanlah aku kekuatan
untuk terus bernafas dengan namaMU
Teguhkanlah jiwaku
untuk terus mencintaiMU
Istiqamahkanlah aku dengan kasih sayangMU
Jadikanlah hatiku ini hanya untukMU....

Wednesday, July 7, 2010

Saya dah jd budak senior

Salam...
Bermula lah semester baru yang ditunggu-tunggu. Sedikit nervous pun ada. Almaklumlah, dengan result exam yang tak berapa nak cantik...terasa sukar meneruskan pembelajaran. Tapi syukur alhamdulillah. Tak ada paper yang tersangkut. Azam pun turut bertambah-tambah. Kalau boleh, tak nak tidur dalam kelas lagi.(InsyaAllah boleh buat) tersengguk tu boleh dimaafkan lagi kut.he3.

Bila dah masuk final sem ni rasa macam diri ini dah tua. Terasa gerun ingin berhadapan dengan dunia luar. Selama ni asyik duk dalam gelas kaca je. Nampak permandangan indah kat luar. Tapi belum cukup berani nak keluar kerana apa yang kita lihat itu tidak semestinya indah di dunia realiti.

Gembira boleh jumpa kawan-kawan lama bila masuk sem baru ni. Terserempak dengan Syiqa(KMPP).aezin n athirah(MRSMKL), Dah besar panjang semuanya. Semoga menjadi insan solehah dan kebanggaan keluarga. Para sahabat ini bagaikan sebahagian dari diri sendiri. Salah satu sumber kekuatan.

Boring jugak awal-awal sem ni. Jadi, cara terbaik untuk menghilangkan keboringan ialah membaca. Rasa macam banyak benda la pulak nak cakap. Aduhhh. Tak pa lah. Sambung lain kali pulak.

Semoga aku dikuatkan semangat pada semester ini dan terus istiqamah dalam perjuangan. Amin