Monday, July 26, 2010

Rasa nak menconteng

Salam...
Hari ni ialah antara hari-hari yang memenatkan.Kelas berderet sampai pukul 6.Rehat cuma sejam.
Tapi aku sendiri tak berapa pasti berapa peratus minda ni berjaya mencerna pembelajaran yang disampaikan oleh lecturer pada hari ini.Hari ni aku tersangat-sangat lah mengantuk.Kawan kat sebelah pun mengantuk.Dia terlelap aku kejut dan begitulah sebaliknya,akhirnya kami berdua sama-sama tewas buat seketika.Aduh...harap-harap hari esok lebih baik dari hari ni dan begitulah seterusnya.
Sememangnya setiap saat yang berlalu dalam hidup ini memerlukan perubahan.Perubahan ke arah yang lebih baik atau lebih buruk???Kita sendiri yang menentukan.Ingatlah bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubahnya sendiri.Semoga setiap detik yang berlalu membawa kita lebih dekat kepada yang Maha Pencipta...Teringat kata-kata seorang kawan masa form 5 dulu.Katanya,hidup tak bermakna tanpa kasih sayang Allah..tapi kalau hidup mengharapkan 'kasih sayang' orang lelaki,tak hidup pun takpe.Apa agaknya kaum-kaum adam akan terfikir bila mendengar kata-kata ini???

No comments:

Post a Comment