Tuesday, March 30, 2010

kerja2...bz2

salam
alahai...lama la x update blog nih.
kerja yg banyak
tp x tahu la ble nak wat nih
harap-harap masih sempat mengejar masa2 yang tersisa sebelum final exam
teringat kata-kata Pn Z, nawaitu belajar kena betul
bukan setakat nak pass or dapat dekan je, tapi mesti lebih dari 2
"u come here 2 gain knowledge"
insyaAllah, pasti akan diingati kata-kata itu
gudluck to myself

Friday, March 19, 2010

sayu..

entah kenapa semenjak dua menjak ni, hati terasa sangat-sangat sayu. jiwa sensitif dan mudah tersentuh.
pelbagai peristiwa yang menyentuh hati berlaku.besyukur kerana masih dikurniakan sekeping hati yang peka dengan apa yang berlaku.
ke mana mahu mencurah rasa?terkadang kita sering lagi bertanya meskipun jawapan sudah terhidang di depang mata.kepada Dia lah tempat untuk mencurah rasa.kerana Dia amat memahami.
bagaimana?pun sudah diketahui jawapannya. dengan memngingatiNya di setiap saat dan ketika. bangun tatkala insan lain dibuai mimpi.mengadulah sepuas hati.sesungguhnya Dia maha Mendengar...

lidahku kelu..cuma minda yang mampu bicara

salam...
terselit pelbagai suka duka tatkala lawatan ke shah alam(CAIREX 2010).
pelbagai peristiwa duka berlaku.antaranya:

1. amir kemalangan dalam perjalanan ke shah alam untuk berjumpa denganku.
2. berlaku perang dingin antara kawan-kawan.
3. bas rosak selama 5 jam di bentong dalam perjalanan ke shah alam.

sedih kerana amir kemalangan dan cedera teruk tapi gagal untuk pergi melawatnya. terasa diri ini begitu teruk.
susah bila tiada mawaddah. atau mungkin hanya tinggal sedikit yang melahirkan perasaan simpati. sebagai manusia,aku sayang padanya. tapi tidak melampaui batas-batas yang sepatutnya. hanya sebagai manusia biasa.

kawan-kawan yang tegar berbicara tentang keburukan kawan yang lain walhal sertiap hari berjumpa di kelas.
menyindir dan mencaci bagai irama yang tak rock yang sumbang dan membingitkan telinga.alahai...sdrlah yang mencaci,muhasabah lah diri dan pandang kesilapan oranng lain sebagai pengajaran untuk diri sendiri.jangan menepuk air di dulang.kelak nanti terpercik di muka sendiri.

sekian...xde mood nak tulis lagi.

Sunday, March 14, 2010

besarnya sebuah kehilangan

tanggal 2.3.2010, seorang bapa yang berjiwa besar telah kembali ke rahmatullah menjelang subuh hari selasa.
segala kesakitan yang ditanggung dan penderitaan yang dialami telah oleh beliau telah berakhir. beliau meninggalkan 7 anak beserta seorang balu. dunia persekitaran  menangisi pemergiannya.

dulu, marahnya tidak disukai. leternya bagai muzik rock yang bingit untuk didengari. tapi semua tentangnya dirindui. terasa sebuah kekosongan. tatkala memandang kerusi tempat yang beliau selalu duduk  berehat sambil menonton televisyen., tatkala melihat mesin kayu yang menjadi nadi perjuangannya mencari rezeki, tatkala mendengar tangisan cucu-cucu yang rapat dan manja dengannya, tatkala menjawab setiap persoalan yang diajukan anak-anak kecil itu...terasa hati disentap-sentap. jiwa terluka menangisi sebuah pemergian.

terasa bagai ada satu ruang kosong di jiwa. sebuah pemergian yang meninggalkan impak yang besar. sesungguhnya jiwa pelu tabah. setiap yang pergi x akan kembali. setiap yang bernyawa  pasti akan pergi.
janji Allah itu adalah sesuatu yang pasti. tiada satu pun manusia di dunia ini yang berkuasa melawan ajal.
sendiri memujuk diri. sendiri berkata-kata dalam sepi. tiada yang mampu mengubat sebuah kehilangan dan duka yang dialami ini.

akan ku isi semua kekosongan ini dengan sedekah dan doa seorang anak kepada bapanya. semoga arwah ayahku, Hasan bin Arshad, ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.amin