Monday, January 25, 2010

alahai jpp/mpp

di saat ini, hati aku bagai ditarik-tarik untuk tidak menyertai pencalonan jpp.
dalam keadaan hati yg hanya 0.000001 peratus(ye kut atau xde lansung)  berminat untuk jd jpp, aku menghantar borang pencalonan ke kauter hep dengan ditemani oleh kak suraya sebelum bertolak ke shah alam.
selepas itu, aku mendapat tahu bahawa nama aku telah terpilih untuk penamaan calon.(i.i)...sedih
aku pun tak tahu sbb apa aku hantar borang pencalonan sedangkan jpp bukanlah jiwa sebenar aku.
selepas aku balik dari shah alam dan genting highland, aku dapat tahu kawan-kawan aku dah mula berkempen,aku tak rasa gelabah pun.cool je la. jauh di sudut hati aku, aku harap kawan aku yg terpilih menjadi jpp bukannya aku.
kalau kawan-kawan tengok saya macam sy dah buat promosi hebat untuk diri sendiri, jangan terlalu awal membuat tafsiran bahawa sy memang mahu jd jpp. hakikatnya, sy berbuat demikian kerana sekadar meneruskan langkah sy yg seterusnya. ingin sekali sy berundur ke belakang dan menarik diri. tapi pihak pentadbiran hanya akan menerima alasan yang benar-benar munasabah shj jika terdapat calon yg ingin menarik diri.
di saat ini juga, sy ingin memberi tahu kepada kawan-kawan yg bertanding, tidak terniat di hati ini untuk mengetepikan kamu semua. walaupun sy tidak berminat untuk menjadi jpp, tp sy perlu berkempen. seperti yang sy sebut sebentar td...sy hanya ingin meneruskan langkah kedua, ketiga n sterusnya...perlu diingatkan..sy hanya meneruskan langkah2 tersebut agar tidak pincang di pertengahan jalan.
sy bukanlah saingan anda semua yg hebat-hebat. jd jangan risau dan patah semangat duhai kawan-kawanku yg bertanding,teruskan dengan smgt yg tinggi.sy bukan saingan kamu semua.
maaf andai tersalah kata.

Wednesday, January 20, 2010

ombak di jiwa

di bawah payung sang mentari
titik-titik sendu kian menitis di hati
di pipi jelas terasa kehangatannya
terbayang keringat nakhoda keluarga
yang dulu gagah menongkah arus dunia
tp kini terlantar tidak berdaya...

aku tercampak ke destinasi lalu
membawa kembali kenangan-kenangan bersamanya
di saat dia gembira, sedih, marah,
senda guraunya..
meniti di pandangan mata ini

matanya masih terkandung sinar harapan
memberi kekuatan kepada kami sekeluarga
tapi kadang-kadang
di mata itu juga
terkandung kolam jernih
menggambar sejuta rasa.

aku insan bertuah
bertuah menjadi anaknya
aku bangga mempunyai ayah sepertinya
semoga ayahku cpt sembuh
dan mampu tersenyum seperti
hari-harinya sebelum ini
amin...

saya sayanng ayah...

Friday, January 15, 2010

hati dan jiwa

Pesan pada diri...
Jangan tersalah memberi hati...
pada insan yang tak sudi,
pada insan yang tak mengerti...
kerana...
sekali kau memberi,
selamanya dia di hati..
kerana...
sekali kau dilukai,
sampai mati tetap kau ingati.
Pesan lagi pada diri..
hati-hati dalam memberi hati,
kerana ia hanya untuk yg mengerti..
betapa bernilainya sekeping hati...