Saturday, November 6, 2010

BAHAYA FACEBOOK

Salam wbt..
Rindu rasanya SE nak menulis di blog yang usang ini meskipun sendiri yang taip dan sendiri yang baca.
SE ni bukanlah seseorang yang pandai mengupas tentang sesuatu topik, tetapi sekadar menulis untuk ingatan bersama apa salahnya kan. Topik kali ni dah lama sangat SE nak kupas. Tapi memandangkan masa dan mood yang tidak menentu sebelum ni, maka SE pun tangguhlah dulu pasal topik ni sampai la ke saat ini.

Dalam perspektif tertentu, facebook merupakan satu laman sesawang yang berfaedah jika digunakan mengikut saluran yang betul. Namun, keadaan ini akan berubah jika pengguna-pengguna facebook dikawal oleh facebook itu sendiri. SE melihat beberapa perkara yang membawa keburukan terhadap pengguna facebook. Antaranya ialah

1. Penyiaran gambar-gambar peribadi di facebook. Meskipun gambar tersebut menutup aurat, tetapi ia tetap menarik perhatian mata manusia lain untuk melihatnya. (almaklumlah gambar yang diletak kat facebook merupakan gambar yang paling cun atau perasan cun). Apatah lagi gambar-gambar yang tidak menutup aurat dan sebagainya.Gambar tersebut boleh diambil oleh sesiapa sahaja tanpa memerlukan kebenaran dari pemiliknya. Kalau orang dah salah guna gambar tersebut, siapa yang perlu disalahkan???
2. Facebook adalah pengganti diari atau jurnal harian. Ni salah satu perangai budak-budak sekarang. Nak makan pun bagitahu kat Facebook. Nak tido. Dah bangun. Saya sayang awak bla2...semua perkara nak didedahkan dalam facebook. Mungkin bangga bila orang tahu atau mungkin itu salah satu cara nak tarik perhatian orang yang dia suka (eg:hari ni badan saya makin panas.hu3)... Kadang-kadang terlalu banyak kita nak tunjuk perkara baik dalam diri kita, perkara yang tak baik tentang diri kita akan terzahir dengan sendirinya.
3. Facebook sebagai medan perang. Kadang-kadang bila laman sesawang ini tidak digunakan dengan betul, ia bukan menjadi medan menzahirkan kemaafan atau mengeratkan silaturrahim, tetapi menjadi medan sumpah seranah yang berpanjangan.
4. Facebook salah satu punca keretakan hubungan dengan orang sekeliling. Bila dah terlampau "into it", kita mula cenderung mempercayai alam maya dan mula membina sedikit demi sedikit keyakinan dalam diri. Bagus macam tu tapi apa yang tak bagusnya, bila kita mula percaya kawan-kawan yang kat dalam facebook dan menolak kawan-kawan yang berada di sekeliling kita. kalau kawan yang kat dalam facebook tu memang dah kenal lama(eg:kawan sekolah dulu) tak mengapa...Tapi ada satu kes tu, berlaku kat SE sendiri, kawan SE menolak kawan-kawan sekeliling dan bergantung kepada kawan-kawan yang berada jauh di mata.hmm...
5. Facebook sebagai medium yang melalaikan manusia. Perkara ini bergantung pada individu tu sendiri. Tapi rata-rata individu seperti pelajar, suri rumah, employees etc...terlalu bergantung pada facebook. Ada seorang kawan SE tu, memang tak boleh duduk diam kalau sehari tak buka facebook..

Di atas adalah antara beberapa keburukan yang SE dapat senaraikan. SE akan update topik ni pada masa akan datang. InsyaAllah. Jangan biarkan diri anda dikawal oleh teknologi. Katakan pada diri "aku boleh hidup tanpa facebook!"

No comments:

Post a Comment