Salam...
Ramadhan dah pun sampai ke pertengahan. Lagi beberapa hari nak habis bulan puasa...hmm. Bulan ini lah bulan yang ditunggu-tunggu sekian lama pada setiap tahun. Ramadhan kali ni agak berbeza berbanding ramadhan tahun sebelumnya. Kerana apa ye? Banyak sebabnya.
Kalau bulan puasa sebelum ni, mak akan buat nasi kerabu (juadah istimewa keluarga kami). Manakala ayah akan cari dan pilih ulam untuk nasi kerabu yang mak buat. Mak kata, x sedap nasi kerabu ni kalau tak ada ulamnya yang tertentu. Mak pulak x pandai nak pilih ulam mana. Terlebih buh karang, rasa tak sedap pulak. Ayah lagi pandai pilih ulam'. Maka tahun ini, nasi kerabu yang mak buat (kalau mak buat la) pun akan rasa berbeza. Keenakkannya pun dah tak sama. Dan mungkin kalau mak buat nasi kerabu pun, akan mengundang titisan air mata... Dan mungkin nasi kerabu tak ada dalam juadah berbuka puasa tahun ini.
Bulan puasa kali ini pun aku tak dapat pulang ke rumah kecuali pulang untuk beraya. Sempat tu sempat la nak puasa kat rumah. Tapi hati ini galau terkenangkan mak. Macam mana la mak puasa tahun ni. Ada ke orang nak temankan mak masak. Ada ke orang nak hiburkan bila mak sedih. Ada ke tempat mak nak bercerita. Siapa temankan mak gi solat terawih dan solat subuh. Harap-harap kakak-kakak dan abang temankan mak sementara aku tak ada kat rumah ni. Nanti aku balik, InsyaAllah aku pulak temankan mak.
Banyak betul benda yang tak terluah. Kalau cerita pasal mak ngan ayah je...mesti mengalir air mata.. aduhai. Semoga Allah memelihara mereka sampai bila-bila pun. Amin